Thursday, August 29, 2013

[No Mediafire Free Download Link] Filem TANDA PUTERA 2013

Filem TANDA PUTERA tengah ramai dibincangkan di Malaysia bersempena hari kemerdekaan negara tersebut. Filem ini merupakan sebuah filem berdasarkan kisah benar tentang tokoh-tokoh yang pernah mentadbir Malaysia suatu ketika dahulu.

Filem ini memfokuskan tentang kisah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, yaitu Tun Abdul Razak di zaman pemerintahannya sebagai Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi Perdana Menteri sampailah meninggal dunia.

Tanda Putera mengisahkan bagaimana dua tokoh pemimpin Negara, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengharungi cabaran getir pergoalakkan 13 Mei 1969.

Filem ini meraikan keberanian, dedikasi dan patriotisme kedua-dua pemimpin ini yang berjaya membawa kestabilan dan keharmonian negara walau terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan yang kritikal.

Tanda Putera boleh dikatakan sebagai satu filem yang cukup baik sepanjang tahun untuk dikenang sepanjang zaman. Dari permulaan cerita ini hinggalah ke tahap klimaks benar-benar membuatkan perasaan penonton bercampur baur antara sedih, gembira mahupun marah.

Pada awalnya filem ini disyaki tentang ada desas-desus amat berat kerana melibatkan politik dan sebagainya, namun jelas semua itu hanya retorik semata-mata di mana filem Tanda Putera ini sebenarnya hanya memaparkan tentang sejarah di zaman kewujudan sebuah negara bernama Malaysia dan langsung tidak dikaitkan dengan dunia politik masa kini. Ini bermakna apa yang dinyatakan dalam filem tersebut adalah berdasarkan fakta sejarah masa lalu yang benar-benar terjadi sebelum rata-rata dari kita semua belum lagi melihat dunia.

Tanda Putera diarahkan oleh Datin Seri Paduka Shuhaimi Baba, menampilkan Rusdi Ramli sebagai teraju utama yang membawa watak sebagai Tun Abdul Razak Hussein, Zizan Nin sebagai Tun Dr. Ismail Abd Rahman, Faezah Elai sebagai Tun Rahah iaitu isteri Tun Abdul Razak dan juga Linda Hashim sebagai Toh Puan Norasyikin (Neno) iaitu isteri kepada Tun Dr. Ismail. Satu gandingan para pelakon yang sangat hebat dalam bidang lakonan dan pada kami mereka berjaya membawa watak insan-insan hebat itu dengan amat baik sekali.

Ramai pelakon pembantu yang memainkan peranan sangat penting untuk menghidupkan filem ini antaranya Kavita Sidhu yang membawa watak Kara selaku tutor di Universiti Malaya, Riezman Khuzaimi yang membawa watak Sarjan Aman, Ika Nabella (Ika AF6) yang membawa watak Zarah dan bercinta dengan Johan yang dilakonkan Zoey Rahman dan memperkenalkan Ahya U yang merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang memegang watak Zaman, anak kampung yang amat berdedikasi hingga akhirnya berkerja di Pejabat Perdana Menteri pada ketika itu.

Selain itu kehadiran watak pembantu lain yang memainkan watak penting seorang yang berprofil tinggi. Antaranya Kamarulzaman Taib (Che Kem) yang membawa watak Tunku Abdul Rahman, Norman Hakim sebagai IGP Hanif Omar, Sahee Shamsuddin sebagai Najib Tun Razak, Razif Hashim sebagai Johari Tun Razak dan Azma Aizal Yusoff sebagai Tawfik anak kepada Tun Dr Ismail selain dari ramai lagi pelakon pembantu lain yang menyumbangkan sepenuh tenaga bagi memberikan impak yang baik bagi filem ini kepada penonton.

sumber: http://ohartis.com/2013/08/tanda-putera/

Saat ini, banyak yang tengah mencari link download free filem TANDA PUTERA 2013. Namun saat ini belum ada link rasmi. Terima kasih.
loading...

1 comment:

  1. Rujuk Tajuk [Mediafire Free Download Link] Filem TANDA PUTERA 2013.

    Adakah saya tak jumpa Download Link atau saudara telah menipu saya.

    ReplyDelete

Artikel ini belum lengkap tanpa komentar anda!
Silahkan berkomentar yang santun dan cerdas, tidak menghina, tidak memaki dan tidak menyebar kebencian. Terima kasih