Tuesday, May 7, 2013

Hikayat Negeri Rajin Mencari Pemalas

loading...

Pada zaman dahulu, ada sebuah kerajaan di mana semua rakyatnya sangat rajin dan tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya mengisytiharkan untuk mencari seorang yang malas.

Seorang lelaki datang menghadap Raja dan mengaku, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”


"Ow ow... tuan hamba memang pemalas...". kata sang raja.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,

“Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu wahai budak?”

Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

loading...

0 komentar:

Post a Comment

Artikel ini belum lengkap tanpa komentar anda!
Silahkan berkomentar yang santun dan cerdas, tidak menghina, tidak memaki dan tidak menyebar kebencian. Terima kasih