Thursday, October 25, 2018

[Tarikh] Syeikh Muhammad Zain Nuruddin Batu Bahara Indera Pura, Qadhi dan Ulama Kharismatik Dari Batubara

Istana Lima Laras di Batubara
Muhammad Zein Nuruddin al-Alim as-Syaikh Abbas Al-Imam al-Khalidi bin Haji Muhammad Lashub bin Haji Abdul Karim Tuan Fakih Negeri Batu Bara, Pesisir. Namun beliau lebih akrab dikenal dengan nama Syeikh Muhammad Zein.

Beliau dilahirkan ibunya - Hajjah Shofiah - di Desa Dahari Selebar, yang sekarang di wilayah Kecamatan Talawi Kabupaten Batu Bara, pada tahun 1881 atau sekitar 1301 Hijrah. [Baca juga: Biografi Syekh Silau Asahan]

Beliau dibesarkan didaerah kelahirannya dibawah pengawasan dan didikan ayahnya, al-Alim Syeikh Abbas al-Khalidy, yaitu seorang penganut Tarikat Naqsabandy al-Khalidiy yang kuat.

Pertama sekali Syeikh Muhammad Zein mempelajari ilmu agama - seperti baca al-Quran, tata bahasa arab dan ilmu agama Islam lainnya - melalui ayahnya. Perhatian khusus dan kecemerlangan otaknya, maka beliau dapat menguasai buku-buku karangan Imam al-Asy'ari dan al-Ghazali. Madzhab Syafii adalah merupakan madzhab anutannya dalam bidang fikih.

Pada tahun 1901 M beliau berangkat menuntut ilmu ditanah Malaya (Malaysia), dan bermukim disana selama dua tahun. Kemudian kembali ke kampung halamannya di Sumatera Timur. Setahun lamanya di Sumatera beliau berangkat menunaikan ibadah haji. Namun setelah pelaksanaan haji ini, beliau tidak langsung pulang ke tanah air. beliau bermukim di Mekah selama 8 (delapan) tahun. Beliau belajar di Mekah dengan para ulama ulama disekitar Masjidil Haram.

Setelah itu beliau kembali ketanah air dan dijodohkan dengan seorang puteri Pesisir, yang bernama Kemala Intan. Setelah meaksanakan rukun Islam yang ke lima, Kumala Intan, ditambah namanya menjadi Kumala Intan Hajjah Fatimah binti Haji Muhammad Tayyib Idris.

Setelah setahun di kampung halamannya, beliau kembali ke Mekkah. Kemudian kembali lagi ketanah air. Kali ini beliau berhasrat untuk memboyong isterinya ke Mekkah. Namun karena tidak disetujui orangtua dan mertuanya, beliau mengurungkan niatnya. Beliau kembali ke Mekkah, selama setahun beliau kembali lagi dengan membawa kitab-kitab yang beliau baca dan pelajarinya di Mekkah.

Beberapa tahun menetap di Pesisir Dahari Selebar (sekarang : Kecamatan Talawi), beliau diangkat menjadi Qadhi (Hakim) Islam oleh pemerintahan setempat, yang pada masa itu dikepalai oleh Datuk Pesisir, Batu Bara. Kepada Syeikh Muhammad Zein inilah orang pada saat itu belajar agama dan meminta fatwa tentang hukum Islam. Beliau sempat mengambil sumpah pengukuhan jabatan Datuk Abdul Jalil sebagai Datuk menggantikan Datuk Peisir yang telah habis masa jabatannya (pensiun).

Beberapa lama kemudian, terjadi kesalahpahaman antara beliau dengan datuk Abdul Jalil dalam suatu permasalahan, maka Syeikh Muhammad Zein mengundurkan diri dari jabatan Qadhi. Dan karena tidak puas dengan pemerintahan seteempat maka beliau meninggalkan daerah kelahirannya ini menuju ke Kerajaan Indrapura, tepatnya di kampung Mualim sebagai tempat bermukimnya (sekarang adalah wilayah Desa Lalang Kecamatan Medang Deras. Pada saat itu kerajaan Sipare Indrapura diperintah oleh seorang raja yang bergelar Tengku Bungsu. Beliau Menetap disini sampai akhir hayatnya dengan mengadakan kegiatan dakwah. Atas prakarsa beliau bersama dengan masyarakat mendirikan masjid Mualim yang sekarang berada di Desa Lalang. Disinilah beliau memusatkan kegiatan dakwahnya dalam menyampaikan ajaran Islam.

Karya tulis

Sebagai seorang ulama, beliau juga telah menulis beberapa karya berupa kitab. Di antara karangan Syeikh Muhammad Zain Nuruddin yang telah ditemui hanya dua judul,

Yang pertama, kitab yang berjudul Fawaid az-Zain fi ‘Ilm al-‘Aqaid Ushul ad-Din (فوائد الزين فى علم العقائد وأصول الدين), diselesaikan waktu Dhuha, pukul 8, hari Jumaat, 7 Rabiulakhir 1342 H/16 November 1923 M (pada cetakan dinyatakan 7 Rabiulawal 1342 H, adalah salah cetak). Dicatatkan “Pada masa kerajaan Saiyiduna wa Maulana wa Qudwatuna Abdullah yang bergelar Datuk Muda Lela Wangsa ibni al-Marhum Datuk Tih ibni al-Marhum Datuk Samuangsa Tua Raja yang memerintah Negeri Pesisir Bahara ... “ Dicetak oleh Mathba’ah at-Taqaddum al-‘Ilmiyah, Mesir, yang dimiliki oleh waris Saiyid Abdul Wahid Bek at-Thubi, Mesir, tanpa dinyatakan tarikh.

Kandungan kitab ini membicarakan tentang persoalan akidah dengan menggunakan berbagai rujukan kitab-kitab Arab, karya ulama-ulama dunia Melayu dan karya guru-gurunya.

[Berdasarkan keterangan penulis asli artikel ini, Kitab ini ia diperolehi hari Isnin, 28 Rejab 1417 H/9 Disember 1996 M berasal dari milik seorang ulama bernama Syeikh Abdul Ghani bin Abdul Hamid, Pinang Baik, Selayang, Selangor]

Kitab yang kedua adalah kitab yang berjudul Miftah ash-Shibyan fi ‘Aqaid al-Iman (مفتاح الصبيان فى عقائد الإيمان), kitab ini selesai ditulis pada 11 Safar 1366 H/4 Januari 1947 M. Tanpa menyebut nama percetakan, hanya disebutkan oleh pengarangnya, “Telah al-haqir benarkan mencetak atau menthaba’ ini risalah yang bernama Miftah ash-Shibyan fi ‘Aqaid al-Iman akan akhina al-Fadhil, lagi Arif, Muhammad Qasim bin al-Marhum Tuan Haji Muhammad ‘li barang di mana-mana tempat cetak dan thaba' dengan tiada dakwa dakwi, demikianlah adanya.”

Pada mukadimah Fawaid az-Zain, Syeikh Muhammad Zain Nuruddin memetik pendapat dua ulama dunia Melayu yang beliau bersanad kepadanya. Kedua-dua ulama itu ialah Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani, kata beliau, “Kata ulama, haram belajar ilmu usuluddin pada orang yang tiada mahir ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya ...”

Pada konteks ini beliau tulis pada halaman depan kitab Miftah ash-Shibyan dengan merujuk kitab Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh saja katanya, “Bahawa adalah kitab yang kita baca itu yang mengarangnya orang yang dibilang orang, dengan sekira-kira barang mana negeri dimasuknya maka tiada disalahkan orang ilmunya. Dan lagi pula bahawa adalah itu dengan mengambil daripada gurunya jangan ditelaah saja pada kitabnya. Kerana tiada hasil ilmu itu melainkan dengan pengambilan. Dan daripada kerana inilah kebanyakan manusia yang mendakwa dirinya alim, mentelaah dengan tiada pengambilan daripada gurunya maka tiba-tiba disalahkan oleh orang awam, dan orang yang dungu. Dan terkadang dia pula menyalahkan kitab mazhab orang yang lain bukan mazhab dirinya. Demikianlah kelakuan mereka itu.” (Miftah ash-Shibyan, hlm. kulit).

Daripada perkara-perkara disebutkan inilah barangkali menjadi sebab Syeikh Muhammad Zain Nuruddin sangat cermat menyebut beberapa orang gurunya, yang kemudian diiringinya dengan sanad. Tentang sanad kata beliau, “Dan hamba menyebutkan sanad itu kerana perkataan ulama, iaitu al-Alim al-Allamah as-Saiyid Ahmad bin as-Saiyid Abdur Rahman an-Nahrawi, “Bahawasanya mengetahui sanad itu setengah daripada pekerjaan agama. Dan barang siapa tiada baginya sanad, maka iaitu seperti anak yang dipungut, yang tiada tentu bangsanya ...” (Miftah ash-Shibyan, hlm. 30).

Petikan dari Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani saja, katanya, “Dan setengah daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Quran yang mutasyabihat atau hadis yang mutasyabihat padahal tiada dilintungkan dengan qawathi’ aqliyah dan naqliyah yang muhkamat tetapi diambil akan zahir mutasyabihat itu, maka jadi jatuh mereka itu pada laut kufur. Maka sesat mereka itu dan mereka itu menyesatkan pula akan manusia yang awam ... Maka adalah mereka itu seperti Dajjal. Atau lebih jahat lagi daripada Dajal.” (Fawaid az-Zain, hlm. 3).

Mengenai ini Syeikh Muhammad Zain Nuruddin menjelaskan selanjut bahawa asal kufur dan asal bidaah tujuh perkara. Ketujuh-tujuhnya beliau sebut satu persatunya, pada konteks di atas ialah yang keenam, berpegang pada iktikad iman dengan semata-mata zahir Quran dan hadis dengan tiada takwil atas beberapa barahin aqliyah dan qawathi' yang syar'iyah. (Fawaid az-Zain, hlm. 7).

Syeikh Muhammad Zain Nuruddin menyebut bahawa rujukan mengenai ini ialah dari kitab Muqaddimat oleh Imam Sanusi. Perkara yang sama juga disebut oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam ad-Durr ats-Tsamin, Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Jumanah at-Tauhid, dan ulama-ulama yang lain dalam kitab-kitab mereka.

Amalan wirid
Menurut Syeikh Muhammad Zain Nuruddin sebab-sebab yang boleh memerdekakan diri dari api neraka beliau telah memetik tulisan al-Allamah asy-Syeikh Muhammad Shalih Kamal bin Shiddiq Kamal, Mufti Mekah daripada Syeikh al-Allamah Alauddin. Dari demikian banyak yang disebutkan disimpulkan saja, ada hadis riwayat daripada Bazzar, daripada Malik, dari Nabi s.a.w., “Barang siapa membaca surah al-Ikhlas 100,000 kali, maka sungguhnya ia telah membeli akan dirinya daripada Allah ... “

Maksud hadis ini ialah menebus dirinya atau orang lain daripada api neraka jika dibacakan dengan ikhlas jumlah demikian sepanjang hidupnya. Mengenai ini dikaitkan pula bahawa ada hadis, “Barang siapa membaca tahlil 70,000, nescaya adalah ia tebus dirinya daripada api neraka.” (Miftah ash-Shibyan, hlm. 19).

Sesudah menyebut satu rangkaian zikir dan wirid yang agak panjang, Syeikh Muhammad Zain Nuruddin menyebut bahawa wirid yang tersebut beliau terima daripada Syeikh Ahmad Khathib di Mekah (Miftah ash-Shibyan, hlm. 20). Sungguh pun sangat popular dalam sejarah bahawa Syeikh Ahmad Khathib al-Minankabawi sangat anti terhadap Tarekat Naqsyabandiyah. Namun Syeikh Muhammad Zain Nuruddin juga membicarakan tarekat tetapi beliau tidak menolaknya.

Bahkan Syeikh Muhammad Zain Nuruddin menyebut dalil mengenai zikir itu beliau petik dari tulisan Syeikh al-Islam al-Alim al-Allamah Muhammad al-Khalili pada fatwanya dan daripada Fat-h al-Mubin, oleh al-Allamah Syeikh Ahmad Khathib Imam asy-Syafie di Makkah al-Musyarrafah. Syeikh Muhammad Zain Nuruddin menyebut, Kitab yang tersebut diijazahkan Syeikhuna kepada hamba al-Haqir pada masa di dalam Mekah al-Musyarrafah. (Miftah ash-Shibyan, hlm. 21).

Syeikh Muhammad Zain Nuruddin juga sempat belajar dengan Syeikh Wan Ali Kutan al-Kalantani. Oleh itu pada bicara pelbagai jenis amalan seperti wirid, selawat, istighfar, dan lain-lain beliau sebut judul kitab ulama Kelantan itu, iaitu Lum’atul Aurad (Miftah ash-Shibyan, hlm. 30-32). Di antara amalan yang sangat penting beliau sebutkan ialah dua jenis selawat yang dibangsakan kepada wali Allah Syeikh Ahmad al-Badawi yang menurut beliau sangat besar fadilat mengamalkannya. Untuk memperoleh sesuatu fadilat perlulah beramal dengan kekal.

Sumber tulisan: 
Wan Mohd. Shaghir Abdullah dalam Harian © Utusan Melayu (M) Berhad. Link di sini: UTUSAN MELAYU
loading...

0 komentar:

Post a Comment

Artikel ini belum lengkap tanpa komentar anda!
Silahkan berkomentar yang santun dan cerdas, tidak menghina, tidak memaki dan tidak menyebar kebencian. Terima kasih